Kredit : WCE
Tiada Kategori

Penutupan Dan Lencongan Sementara Laluan Di Lebuhraya WCE Sempena Klang Royal City Marathon 2025

Syamimi

Penutupan Dan Lencongan Sementara Laluan Di Lebuhraya WCE Sempena Klang Royal City Marathon 2025

West Coast Expressway ingin memaklumkan akan melaksanakan penutupan dan lencongan sementara beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) melibatkan keseluruhan laluan dari Persimpangan Bandar Bukit Raja Selatan hingga ke Persimpangan Assam Jawa bagi memberi laluan sempena acara larian Klang Royal City Marathon 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad, 9 November 2025.

Penutupan dan lencongan trafik ini bermula pada jam 10:00 malam, Sabtu, 8 November 2025 dan akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 8:00 pagi, Ahad, 9 November 2025.

Lokasi – lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Lokasi 1 : Susur masuk ke WCE dari Lebuhraya Grand Sepadu

  • Lokasi 2 : Susur masuk ke WCE dari Jalan Meru

  • Lokasi 3 : Susur masuk ke WCE dari Persiaran Hamzah Alang

  • Lokasi 4 : Susur masuk ke WCE dari Lebuhraya LATAR

  • Lokasi 5 : Susur masuk ke WCE dari Jalan Kuala Selangor

Sila rujuk visual untuk maklumat lanjut mengenai lokasi penutupan dan laluan alternatif yang dicadangkan.

Langkah ini dilaksanakan bagi memastikan keselamatan para peserta maraton serta kelancaran acara sepanjang tempoh pelaksanaan. WCE mengesyorkan agar pengguna jalan raya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan.

WCE memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama para pengguna lebuh raya. Sila ikuti dan patuh kepada arahan petugas trafik & anggota PDRM yang bertugas di setiap lokasi penutupan. Pihak kami akan memastikan segala papan tanda, penghadang keselamatan serta petugas trafik ditempatkan di lokasi yang berkenaan bagi membantu melancarkan pergerakan trafik.