Penunggang Motosikal Degil Selamba Redah Jalan Baru Diturap Kena Kejar Dengan Pekerja Pembinaan
Tular di media sosial Indonesia menunjukkan sebuah video di mana seorang penunggang motosikal dikejar sebilangan pekerja projek pembinaan kerana berdegil redah jalan baru diturap.
Memetik Suara.com, penunggang motosikal tersebut terdesak mahu melalui jalan yang belum kering dan perkara itu menyebabkan pekerja projek sangat marah.
Video kejadian itu telah dikongsikan oleh akaun Instagram @terang_media.
Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang penunggang motosikal berbaju biru tua dan memakai topeng muka dilihat menunggang sebuah motosikal jenis automatik.
Dia kemudiannya dilihat cuba mengundurkan motosikalnya yang tersangkut di jalan yang belum kering itu.
Usai mengundurkan motosikalnya, jelas jalan yang basah tersebut meninggalkan kesan tayar dan tapak kasut penunggang berkenaan. Penunggang itu langsung berpaling dan berlalu pergi.
Kredit InstagramPekerja projek yang melihat kejadian itu langsung terus marah dan mengejar penunggang motosikal terbabit.
Kredit InstagramMereka sempat dilihat berteriak memarahi penunggang motosikal yang melarikan diri itu.
Menerusi perkongsian video itu lagi, terdapat seorang pekerja projek yang masih memegang kayu untuk meratakan konkrit turut dilihat cuba mengejar lelaki terbabit.
Dalam video tersebut juga dapat dilihat bahawa jalan berkenaan sudah ditandai dengan penghadang atau kerja-kerja projek sedang dijalankan.
Malah beberapa penunggang yang bertanggungjawab juga dilihat sedang berbaris di sebelah tapak projek tersebut.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Muat naik video itu seterusnya telah mengundang komen pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Perkara sebegini sudah kerap berlaku, kenapa tidak memberikan laluan sementara,” tulis seorang netizen.
“Jika sudah ditangkap, ratakan sekali penunggang motosikalnya ke jalanan itu,” tulis seorang lagi netizen yang geram dengan tindakan penunggang tersebut.
“Sumpah, aku hairan dengan orang yang melalui jalan basah macam tu. Kamu tak nampak ke? Kamu tak rasa ke jalan yang kamu lalu tu lembut?,” tulis seorang netizen yang turut memarahi penunggang tersebut.
Sumber: Suara.com, Instagram/@terang_media