20 Tahun Diburu, Penjenayah Dikehendaki Rupanya Bekerja Sebagai Polis
Seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selama 20 tahun didapati bekerja sebagai anggota polis di Mexico, lapor CBS News.
Antonio Riano yang digelar sebagai The Devil dilapor melarikan diri selepas menambak mati seorang lelaki di Cincinnati pada Disember 2004.
Sejak, itu dia diletakkan dalam senarai Orang Dikehendaki dan diburu oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat.
Antonio bagaimanapun berjaya ditahan dengan kerjasama pihak berkuasa Mexico sebelum dihantar ke Amerika Syarikat pada 1 Ogos yang lalu.
Dia akhirnya dihadapkan ke mahkamah pada 5 Ogos lepas dan berdepan dengan pertuduhan membunuh tahap 1.
Pihak berkuasa tidak pernah henti buru Antonio, rupanya jadi anggota polis
Walaupun kes berkenaan menjadi senyap selepas Antonio melarikan diri, namun polis tidak pernah menutup kes tersebut.
Paul Newton, bekas pegawai polis yang menyiasat kes berkenaan 20 tahun lepas berkata pihak polis aktif semula memburu Antonio semula bermula awal tahun ini.
Menurut Newton yang kini bekerja dengan Pejabat Pendakwa Raya County, polis melakukan pelbagai untuk menjejaki Antonio supaya dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
Mereka akhirnya berjaya menemui satu akaun Facebook milik Antonio dan berjaya mengesan lokasinya di Oaxaca, Mexico.
Walaupun sudah berusia, penelitian ke atas gambar Antonio yang dimuat naik di Facebook itu, mereka meyakini dia adalah orang dikehendaki yang mereka buru selama ini.
Hasil siasatan lanjut yang dijalankan, mereka membuat penemuan mengejutkan apabila Antonio didapati selama ini bekerja sebagai anggota polis di Jabatan Polis Zapotitlan Palmas di Mexico.
Mereka kemudian tidak menunggu lama dan terus berhubung dengan pihak berkuasa tempatan yang mengesahkan Antonio adalah anggota mereka.
Antonio kemudian ditahan oleh Polis Mexico dan diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk menjalani hukuman.
Ketika Antonio tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kentucky, dia sempat diajukan soalan oleh wartawan berkenaan tujuannya menjadi anggota polis.
Menjawab soalan tersebut, Antonio berkata kerana dia mahu membantu orang ramai di Mexico.
Dia dalam pada itu turut menafikan pernah membunuh seseorang pada 20 tahun lepas.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata mereka memiliki bukti yang mencukupi untuk mendakwa Antonio dan tidak memerlukan pengakuan bersalahnya.
BACA: Remaja Maut Lemas, Dipercayai Terjatuh Ke Dalam Tasik
Sumber: CBS News