Polis Tahan “Content Creator”, Didakwa Tunjuk Kemaluan & Cakap Lucah Ketika Panggilan Video
Seorang peniaga dalam talian yang juga pencipta kandungan telah diberkas selepas didakwa berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan serta bercakap lucah kepada seorang wanita melalui panggilan video.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner, Mohamad Lazim Ismail berkata, mangsa membuat laporan polis kira-kira jam 4.50 petang, pada 17 Mei lalu.
“Pengadu berusia 24 tahun itu mendakwa ketika berada di rumahnya di Taman Melewar dekat sini, dia telah menerima panggilan video tersebut daripada suspek yang dikenalinya.
“Suspek yang juga pencipta kandungan (content creator) telah menunjukkan alat sulitnya dan bercakap lucah dengan wanita tersebut dan pengadu telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.
Jelasnya, menerusi saisatan awal yang dibuat, pihaknya mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek sejak awal bulan Mei melalui aplikasi Instagram.
Polis menasihati agar orang ramai berhati-hati semasa berkenalan dengan orang yang tidak dikenali
“Wanita itu pernah berjumpa dengan suspek sebelum ini,” ujarnya.
Menurut Mohammad Lazim lagi, bertindak atas laporan yang diterima, suspek yang berusia 27 tahun itu kemudian ditahan kira-kira 2.25 petang pada Rabu untuk siasatan lanjut.
“Suspek telah diberi jaminan polis, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika menggunakan media sosial dan tidak mudah terpedaya dengan individu yang baru dikenali.
“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, orang ramai boleh menyalurkan ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau balai polis berdekatan,” ujar Mohamad Lazim.
BACA: Gunung Marapi Di Sumatera Barat Meletus, Penduduk Dinasihat Berwaspada
Sumber: Sinar Harian