Jabatan Imigresen Malaysia dalam ciapan terbaru dalam laman rasmi Twitter mereka memberi amaran keras kepada pengkhianat negara yang menjadi tekong, penyeludup dan dalang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke dalam negara Malaysia.
“Hukuman Keras Menanti Anda,” begitulah yang dikatakan dalam satu imej yang dimuatnaik dalam laman Twitter mereka. Kepada orang awam yang mempunyai info atau apa sahaja maklumat tentang penyeludupan PATI ke negara ini boleh menghubungi National Task Force di talian hotline 011-6251 11223.
Sumber: Imigresen Malaysia