Malam tadi tular satu hantaran di media sosial yang ditulis oleh pemilik akaun Facebook, Safri Safrina. Safri mendakwa bahawa adik lelakinya telah dilanggar ketika menunggang motosikal pada malam 7 Ogos lalu.
Menurut Safri, adiknya itu sebenarnya seorang pengantar makanan dan ketika kejadian, dia sedang dalam perjalanan menuju ke satu lokasi untuk menghantar makanan yang telah dipesan.
Namun sewaktu sampai di persimpangan berdekatan bank di Bercham, Ipoh, sebuah kenderaan dipercayai telah melanggar adiknya dan kemudian melarikan diri.


Safri menjelaskan ketika dihubungi Siakap Keli bahawa laporan polis telah dibuat dan adiknya sehingga kini masih tidak sedarkan diri. Safri turut merayu supaya saksi kejadian akan tampil memberikan kerjasama untuk membantu siasat.
Sumber: Safri Safrina