Pengangkutan Awam Hanya Dibenarkan Bawa Separuh Penumpang Sahaja – Ismail Sabri

Sha Rossa

Pengangkutan awam seperti bas dan Mass Rapid Transit (MRT) hanya dibenarkan membawa separuh sahaja penumpang daripada kapasiti sebenar dalam suatu masa.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi.

”Bagi memastikan penjarakan sosial dilaksanakan di dalam kenderaan awam, maka jumlah penumpang akan dihadkan separuh daripada kapasiti sebenar kenderaan awam tersebut,” kata beliau.

Menurut beliau, SOP ini perlu dipatuhi oleh semua syarikat pengangkutan awam sebagai langkah keselamatan pengguna.

Sekiranya didapati melanggar peraturan, tindakan akan dikenakan, kata Ismail Sabri.

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP