KUALA LUMPUR – Bermula 1 April, penerima Sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 yang belum menerima booster tidak dianggap sebagai lengkap divaksin.
Peringatan itu diingatkan semula oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi satu kenyataan ringkas di Twitter hari ini.
Walau bagaimanapun jelasnya, maklumat sejarah vaksin primer (2 dos) yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera masih kekal.
Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak.
Terdahulu, KKM telah mengemas kini beberapa jenis vaksin yang perlu penerima vaksin melengkapkan dos dan dos penggalak jika tidak berbuat demikian, status vaksinasi akan bertukar pada 1 April ini.
Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin