Penduduk Heboh Messi Tiba Di China, Teruja Lihat Juara Piala Dunia
Sesetengah penduduk di China tidak boleh menyorokkan keterujaan mereka selepas mendapat tahu pemain bola sepak antarabangsa, Lionel Messi telah menjejakkan kaki di negara itu pada pagi Sabtu lalu, lapor CNN Indonesia.
Difahamkan, mereka turut mengambil peluang menyambut ketibaan juara Piala Dunia 2022 itu di lapangan terbang dan keadaan menjadi lebih meriah dengan kehadirannya.
Pemain pasukan kebangsaan Argentina kini berada di Beijing bagi perlawanan FIFA Matchday menentang Australia pada Khamis depan.
Ribuan orang telah mula berkumpul di lapangan terbang dan hotel di Beijing yang merupakan tempat di mana pasukan kebangsaan Argentina menginap.
Kredit: CNN Indonesia
Kredit: CNN IndonesiaBerita ketibaan Messi di Beijing menggegarkan penduduk di China dan dalam masa yang sama mereka sempat meninggalkan komen berkaitan pasukan Indonesia.
“Juara dunia masih memerlukan pusat latihan (TC)?” kata seorang netizen.
“Juara dunia masih perlukan TC, yang tidak perlukan TC itu juara Sukan SEA (Indonesia), sebab itu kejohanan kelas intergalaksi,” seloroh warga maya yang lain.
“Kami penduduk di China tahu siapa pemain terbaik sepanjang zaman,” ujar pemberi komentar.
“Ini (Argentina) juara dunia tetapi kelab negara itu serius walaupun hanya menentang Indonesia. Namun sebaliknya pihak lawan tidak sedar dengan ranking pemain pasukannya,” ujar warga maya.
Harap penyokong Indonesia beri sokongan yang sama
Pun begitu, ramai yang berharap agar urusan Argentina semasa berada di China berjalan dengan lancar.
Selepas menentang Australia, Argentina akan menuju ke Jakarta untuk bertemu dengan pihak lawan Indonesia pada 19 Jun depan.
“Yang penting jangan adakan rusuhan, supaya tidak malu,” kata seorang netizen.
Pada satu pihak lain, sesetengah mereka turut berharap penyokong di Indonesia menunjukkan sokongan yang tinggi terhadap perlawanan yang akan berlansung nanti.
Ini kerana, tiket perlawanan Argentina menentang Indonesia telah habis terjual dalam masa yang sangat singkat.
“Di Jakarta, pasti akan ada keterujaan yang sama seperti ini (China), saya pasti,” tulis netizen.
Sumber: CNN Indonesia
BACA: Kecewa Messi Tak Datang Jakarta, Peminat Indonesia Jual Semula Tiket Perlawanan