Pemurahnya Rakyat Malaysia, Misi Rakyat Berjaya Kumpul Lebih RM 204k, Bantu Keluarga “Rider” Jadi Mangsa Langgar
Dunia semakin ‘menua’ dan kita sering disajikan dengan berita-berita kematian, kekejaman dan sebagainya sama ada dari segi mental mahupun fizikal. Sehingga ke hari ini, dada-dada akhbar sering memuntahkan kisah-kisah tragis ‘mematikan’ yang berakhir dengan pelbagai cara yang berbeza.
Namun, yang ‘pergi’ tetap pergi dan yang tinggal perlu meneruskan hidup walaupun untuk terus menapak di bumi ini tanpa insan tersayang bukanlah satu hal yang mudah. Ia memerlukan kekuatan, ketabahan dan kecekalan yang tinggi, apatah lagi yang pergi itu adalah tunjang keluarga. Disaat dunia sedang bergelut dengan krisis ekonomi dan kewangan menghimpit kita semua, pastinya keperitan itu semakin dirasai.
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan masih ramai yang mempunyai rasa belas kasihan kepada insan yang ditimpa musibah seperti tragedi kemalangan yang melibatkan dua penghantar makanan yang menjadi tular dan dilaporkan sebelum ini.
Kedua-dua penghantar makanan tersebut, yang salah seorangnya meninggal dunia, dirempuh oleh kenderaan ketika sedang menunggu di lampu isyarat.
Menerusi laman Tik Tok Milik Founder Misi Rakyat, iaitu Misi Delivery 2, beliau telah membuka satu tabung berbentuk transparent untuk meringankan beban keluarga mangsa menerusi kutipan dana daripada sumbangan orang awam. Bantuan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia itu diharapkan dapat membantu keluarga dua rider ini bagi meneruskan kehidupan.
Menerusi video berdurasi tiga minit itu, beliau berkongsi misi itu telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM204,322 hanya dalam masa 48 jam sahaja. Setelah semua kutipan berjaya dikumpul, dia mendedahkan telah menyerah dan mengagihkan sendiri semua wang yang dikumpul kepada ahli keluarga kedua-dua mangsa.
Beliau memaklumkan dana yang dikumpul dibahagi kepada dua bahagian, iatu 50 peratus untuk setiap keluarga mangsa. Penerimanya pula terdiri daripada isteri dan orang tua kepada dua penghantar makanan tersebut.
Untuk keterangan yang lebih jelas, anda boleh lihat gambar-gambar yang telah kami sertakan di bawah. Semoga dengan perkongsian ini akan dijadikan sebagai contoh yang baik seterusnya memberi manfaat kepada semua.




BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Founder Misi Delivery