Dalam ucapan pertama Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini, beliau mengumumkan pembelian sebanyak enam juta tambahan dos vaksin akan diterima awal September ini.
Ismail Sabri turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi kerjasama penuh dalam pengambilan vaksin COVID-19.
Beliau turut menyeru rakyat agar memujuk ahli keluarga masing-masing mendaftar untuk slot vaksinasi agar imuniti kelompok di negara ini dapat dipercepat.
Sumber: Bernama