
Pelakon lagenda terkenal Hollywood, Kirk Douglas meninggal dunia di usia 103 tahun hari ini. Berita kematiannya disahkan oleh anak lelaki melalui hantaran status di laman Instagram.
Perkongsian daripada Michael Kirk mengatakan bahawa mereka sekeluarga bersedih dengan pemergian ayah tercinta.
Dengan rasa sedih yang luar biasa, saya dan ahli keluarga mengumumkan bahawa Kirk Douglas meninggal dunia pada hari ini pada usia 103 tahun.
Di mata dunia, beliau merupakan seorang lagenda, seorang pelakon pada zaman kegemilangan perfileman di era emasnya. Seorang yang sangat komited dengan misi memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan.
Tetapi saya dan adik beradik yang lain seperti Joel dan Peter, dia hanya seroang bapa, bagi Catheine, dia mentua yang hebat kepada cucu dan cicitnya beliau merupakan datuk yang sangat penyayang. Beliau juga merupakan suami yang hebat untuk isterinya Anne.
Kejayaan Kirk Douglas bermula pada 1949 di mana menjadi Juara bertahan dalam anugerah Oscar. Untuk pengetahuan anda, mendiang juga merupakan bapa kepada pelakon Oscar, Michael Douglas.
Sumber: Instagram Michael Douglas, BBC