Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pekerja asing di sektor binaan dan kilang di seluruh negara wajib jalani ujian saringan COVID-19, lapor BERNAMA.
Menurutnya, mereka perlu menjalani ujian saringan bermula hari ini (1 Februari 2021).
Tambahnya lagi, pekerja tapak binaan dan kilang antara penyumbang tertinggi kes COVID-19.
Beliau memaklumkan perkara itu ketika melakukan tinjauan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan menyerahkan sumbangan Mindef ATM kepada petugas barisan hadapan di SJR Sentul hari ini.
Sumber: BERNAMA