“Payah Terima Hakikat,” Keluar Masuk Hospital Sejak Usia Satu Tahun, Wanita Tabah Jaga Anak Hidap Kanser Limfoma
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah yang perlu dihadapi oleh seorang wanita yang terpaksa menerima hakikat mengenai keadaan anaknya yang disahkan menghidap penyakit kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma.
Menerusi perkongsian Nur Hazirah Nordin atau Nur Ira di Facebook, anaknya, Muhammad Al Afiq Hidayat yang kini berusia lima tahun diuji dengan penyakit tersebut sejak Mei 2019.
Sewaktu lima bulan sedang menjalani proses kimoterapi, Afiq turut disahkan mengalami buta sebelah mata pada bahagian kiri akibat dimasuki habuk tempurung kelapa.
Gambar: Facebook Nur IraAnak kedua daripada dua-beradik itu juga mengalami relapse buat kali pertama pada bulan Jun 2020 dan kali kedua bermula Ogos lalu.
Sewaktu mengalami relapse, doktor turut menjelaskan bahawa dia disahkan menghidap penyakit asma dan memerlukan bantuan pam untuk bernafas.
Ketika dihubungi SK, Hazirah berkata berita itu menjadi tamparan hebat buatnya dan keluarga, selain terus berada disisi kanak-kanak itu untuk memberikan semangat. Dari perspektif fizikal jelas menampakkan Afiq sihat, namun siapa sangka beliau terpaksa bertarung dengan penyakit kanser yang dialaminya.
Tambahnya, pada 13 September lalu, Afiq menjalani kimoterapi bfm2009 yang memerlukan kanak-kanak terbabit tinggal selama empat atau lima minggu di dalam wad.
Gambar: Facebook Nur IraHasil keputusan yang diambil (air tulang belakang) Afiq sebelum ini mendedahkan bahawa kandungan darah hampir bebas sepenuhnya daripada kanser dan masih menunggu keputusan sel kanser pada tulang.
Selepas menjalani beberapa rawatan termasuk femoral line recanalization (tukar jarum pada tempat yang sama). Kanak-kanak itu juga masih perlu menjalani baki proses kimoterapi fasa induction 1A.
Walaupun menghidap kanser berkenaan, namun ia tidak mematahkan semangat kental Afiq untuk hidup seperti kanak-kanak lain.
Semoga segala urusan Adik Afiq dan sekeluarga dipermudahkan dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Sumber: Facebook Nur Ira