Pasukan penyelamat pertama yang dikerah ke lokasi kejadian pesawat China Eastern Airlines MU5735 terhempas telah tiba sebentar tadi.
Menurut CGTN, pasukan bomba dan penyelamat Wuzhou tiba dengan kekuatan 23 unit jentera bomba dan 117 orang penyelamat.
Difahamkan, seramai 538 anggota penyelamat dari Nanning, Liuzhou, Guilin, Beihai, Yulin, Hezhou, Laibin dan Hechi turut dikerahkan ke lokasi kejadian.
Dalam satu laporan lain, menurut Flight Radar 24, data terakhir ADS-B yang diterima dari pesawat berkenaan adalah pada 6:22 petang (UTC).
Menurut Flight Radar 24, bacaan kelajuan vertical pesawat MU5735 tersebut yang terhempas ke daratan pergunungan itu adalah kira-kira -31,000 kaki per minit.
Sebelum itu, China Eastern Airlines MU5735 yang membawa lebih 133 penumpang itu sedang dalam penerbangan dari Kunming ke Guangzhou.
Bagaimanapun pesawat berkenaan disyaki mengalami kemalangan sebelum terhempas di wilayah pergunungan di Guangxi.
Namun jumlah mangsa yang terkorban serta punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti setakat ini.
BACA JUGA: Pesawat China Eastern Airlines Bawa 133 Penumpang Dilapor Terhempas
Sumber: CGTN / Flight Radar 24