Tugasan sebagai seorang anggota polis bukan sahaja berdepan dengan kejadian jenayah tapi turut menerima pelbagai aduan yang kedengaran tidak masuk akal daripada masyarakat.
Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pegawai polis Thamas Valley mengenai pengalamannya berdepan dengan panggilan-panggilan dari orang ramai yang disifatkan membuang masa.
Perkongsian itu adalah sebahagian daripada kempen di laman sosial untuk menghentikan panggilan sedemikian bagi membuka ruang kepada panggilan kecemasan yang sebenar.
Antara aduan yang diterima oleh pihak polis adalah mengenai adegan pasangan yang sedang bermesra di dalam restoran.
Namun, apa yang lebih teruk adalah panggilan daripada seorang pengadu yang menghubungi polis kerana tidak tahan dengan jirannya yang memotong sayur terlalu kuat.
Sewaktu ditanya kepada pengadu, adakah panggilan sebegini dikategorikan sebagai panggilan 999, pengadu menjawab : ‘‘Saya takut mendengar bunyi ini dan terus membuat panggilan polis.”
Selain itu, ada juga individu yang didakwa membuat laporan polis kerana terdapat labah-labah di dalam rumah mereka.
Sumber : Daily Star