Menerusi sidang media hari ini, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pandemik Covid-19 ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir.
Beliau berkata sedemikian semasa membentangkan angka kes positif dan kematian Covid-19 di seluruh dunia.
“Berdasarkan laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 5, 559, 130 kes Covid-19 telah dicatatkan di seluruh dunia sehingga 26 Mei 2020, daripada jumlah ini sebanyak 348, 610 kes kematian dilaporkan setakat ini.
“Pandemik ini dilihat semakin serius dan masih jauh dari berakhir. Setakat ini, negara Malaysia telah menyumbang kepada 0. 14% daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh dunia,” katanya.
Sumber: RTM