Pakar Kesan 5 Tanda Pada Kuku, Mungkin Anda Dijangkiti Virus Covid-19 – Kajian

Edayu

Satu kajian yang dijalankan mendakwa jangkitan Covid-19 boleh dikesan melalui perubahan pada kuku seseorang.

Kajian yang dijalankan oleh seorang pakar yang dikenali sebagai Profesor Tim Spector pada Mei lalu mengatakan bahawa terdapat lima variasi tanda pada kuku tangan seseorang sama ada individu tersebut berjaya menewaskan virus tersebut atau tidak.

Selain itu, beberapa pendapat daripada pakar kesihatan lain mendakwa jika kuku tangan kelihatan pelik atau mempunyai garis putih melintang yang ketara, ia berkemungkinan seseorang itu dijangkiti Covid-19.

Gambar sekadar hiasan

Selain daripada garisan kuku sekitar 5 millimeter serta pembentukan garisan seperti bulan sabit berwarna merah dan oren adalah kesan yang sering dialami oleh pesakit di Eropah.

Tanda kelima adalah kuku boleh tercabut dengan sendiri tanpa seseorang itu rasa sakit atau bengkak.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada bukti sahih mengenai kaitan kewujudan garisan yang dikenali sebagai ‘Mees Lines’ ini dengan petanda badan seseorang dijangkiti virus.

Namun, beberapa pesakit Covid-19 dikesan memiliki antara tanda-tanda tersebut selepas mendapat jangkitan wabak berbahaya ini, jelas sekumpulan pakar itu.

Sumber: Mirror UK