Kalau dah kaki lucah, haiwan pun boleh dianiaya. Inikan pula wanita berpakaian sopan dan sempurna. Isu gangguan seksual bagaikan tak pernah padam di media sosial. Baru-baru ini, seorang remaja perempuan di Twitter berkongsi paparan skrin mesej diterima dari seorang individu tak dikenali dengan kandungan lucah.
Berdasarkan paparan skrin berkenaan, individu tersebut membuat komen berkait pemakaian remaja berkenaan. Pelaku juga memberitahu keinginannya untuk melakukan perkara tidak senonoh kepada remaja berkenaan.
Biarpun diabaikan, lelaki itu tidak berhenti mengganggu. Malah, dia menghantar gambar alat sulit kepada gadis itu. Tweet tersebut mendapat perhatian kira-kira 6 ribu warga maya dengan lebih 3 ribu ulang kicau.

Perkongsian itu pastinya membangkitkan amarah netizen kepada si pelaku yang bertindak mengikut hawa nafsu. Tak kurang juga ada yang menyarankan remaja berusia 16 tahun itu melaporkan hal berkenaan kepada pihak polis.











Sumber: Twitter