Penguatkuasa Indonesia dilaporkan mengenakan hukuman memalukan kepada pesalah yang melanggar peraturan penjarakan sosial di tempat awam.
Menurut Bangkok Post, sekitar 340,000 tentera ditugaskan memantau puluhan bandar untuk memastikan rakyat mematuhi peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB).
Pun begitu, masih ramai rakyat yang ingkar terhadap peraturan berkenaan, menyebabkan sebahagian petugas barisan hadapan ‘menyerah‘ dengan sikap sebahagian mereka.
Justeru, di Bali, anggota keselamatan tempatan dilaporkan mengenakan tindakan memalukan kepada pesalah seperti menekan tubi di tempat awam, memakai pelekat (placard) dengan tulisan berjanji akan memakai topeng muka atau menjaga jarak sosial.
Gambar-gambar pesalah kemudiannya dimuat naik ke media sosial untuk memalukan mereka.
Sementara itu di Aceh, pesalah diarahkan membaca surah Al-Quran untuk menebus kesalahan. Di Jakarta pula, pesalah diarah mencuci fasiliti awam termasuk tandas sambil memakai vest berlabel menandakan mereka pesalah yang melanggar PSSB.
Tidak terkecuali di Sragen, Jawa Tengah, individu yang mengingkari PSSB dikatakan dihukum dengan dikurung di rumah terbiar dipercayai berhantu.
Kredit: Google
Kredit: Google
Kredit: GoogleSumber: Bangkok Post, Daily Star