Padah Bawa 226KG Daging Dalam Bagasi Ke Singapura, Pelancong China Didenda RM 57k
Seorang warga China didenda RM 57,000 oleh mahkamah pada Khamis lalu kerana menimport pelbagai produk daging secara haram ke Singapura, menurut kenyataan bersama Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Mengikut laporan media tempatan, bagasi miliknya ditemui dengan dipenuhi produk daging di Lapangan Terbang Changi pada 8 Jun lalu oleh ICA. Agensi itu kemudian memaklumakan penemuan beg berkenaan kepada pegawai dari SFA.
Berat keseluruhan daging yang ditemui dianggarkan kira-kira 226kg merangkumi daging beku seperti ayam, daging lembu, daging babi, kambing dan daging arnab.
Kredit SFA,ICA“Di Singapura, import makanan mesti memenuhi kriteria SFA. Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport berlesen, dan setiap barangan mesti diisytiharkan berserta permit import yang sah.
”Produk makanan yang diimport secara haram adalah sumber yang tidak diketahui dan menimbulkan risiko keselamatan makanan,” kata wakil SFA.
Pesalah yang mengimport produk daging secara haram daripada sumber yang tidak diluluskan boleh didenda sehingga RM 162,000 dan penjara sehingga dua tahun.
Sabitan seterusnya boleh didenda sehingga RM 323,000 atau penjara sehingga tiga tahun.
BACA: Padahal Salah Sendiri, Lelaki Menyesal Bil Melambung, Ajar 7 Cara Jimat Sampai 10%
BACA: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup
Sumber: Mothership