Kejam dan jijik. Itulah yang boleh dikatakan kepada tindakan sepasang suami isteri dari Borneo, Indonesia yang “bekerjasama” dalam menodai kehormatan dua anak kandung mereka, baru-baru ini.
Seorang lelaki berumur 67 tahun telah ditahan oleh pihak polis Indonesia apabila dikatakan memukul dan merogol dua anak kandungnya yang masing-masing berusia 16 dan 19 tahun.
Suspek ditahan pihak polis. (Foto: AsiaWire/Mirror)Lebih teruk lagi, isterinya dan ibu kepada remaja perempuan itu turut didakwa bersubahat dengan memberikan pil perancang kehamilan kepada mangsa bagi menghalang mereka daripada hamil.
Malah, pihak polis juga memberitahu bahawa lelaki itu mengakui telah beberapa kali melakukan perkara terkutuk berkenaan sejak tahun 2012 yang lalu.
Suspek juga dilaporkan sering mengikat mangsa terlebih dahulu sebelum memukul dan merogol mangsa. Dia kini ditahan pihak polis sebelum dijatuhkan hukuman manakala tiada maklumat mengenai isterinya telah dinyatakan.
Mengikut undang-undang di Indonesia, jenayah seksual terhadap golongan bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
Akan tetapi, sekiranya mangsa mempunyai pertalian keluarga dengan si pelaku, hukuman tersebut boleh meningkat kepada satu pertiga daripada umur pelaku.
Kedua-dua mangsa kini sedang berada dalam perlindungan pihak berkuasa.
Sumber: Mirror UK