Nissan Jepun Keluarkan Tote Beg Gergasi Berserta Mini Pouch

Atiqah Aliah

JEPUN- Pada 25 Mac lalu, Nissin Jepun telah memuatnaik beberapa keping gambar tote beg yang besar yang menyerupai mi segera dalamcawan milik syarikat mereka.

Menurut keterangan yang ditulis di akaun Instagram mereka (cupnoodle_jp), beg rekaan mereka itu dapat digunakan semula (eco-bag) yang disertakan dengan poket mini berbentuk mi segera dalam cawan.

Selain itu, beg yang dihasilkan bukan sahaja mampu menampung banyak barang tapi turut menyediakan cawan mini berzip bagi menyimpan beg tersebut apabila tidak digunakan.

Walau bagaimanapun, produk ini belum dipasarkan lagi. Namun, ia menjadi topik hangat di negara itu.

Ramai pengguna yang meninggalkan komen dengan meminta Nissan Jepun segera menghasilkan beg itu.

Sumber: Mothership