Putrajaya, 1 September- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan peningkatan R naught (R0) COVID-19 di Malaysia hari ini.
Menurut KKM, nilai R0 di negara ini meningkat dari 0.74 kepada 1.0, sekaligus menunjukkan peningkatan kebolehjangkitan COVID-19 di dalam masyarakat.
Sementara itu, satu kluster baru melibatkan enam bukan warganegara dan seorang warganegara telah dilaporkan dikesan di Lahad Datu hari ini.
Negara juga dilapor bakal memperkukuhkan kawalan sempadan antarabangsa negara bagi mengawal penularan import kes COVID19.
Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini, nilai R naught tertinggi yang pernah direkod di Malaysia sejak 15 Julai lalu adalah 1.37 (pada 22 Julai 2020) manakala R0 terendah adalah 0.58 pada 4 Ogos 2020.
Nilai itu terus meningkat selepas kewujudan kluster-kluster baru termasuk Kluster Tawar, menjadikan angkat R0 kepada 0.74 pada 26 Ogos lalu.
Bulan lepas, Dr Noor Hisham berkata kes COVID-19 berisiko meningkat mendadak jika nilai R0 berkenaan melebihi 1.6.
Sumber: KKM