Netizen Berang Segelintir Agen Jadikan Pemergian Abam Sebagai ‘Modal’ Jual Produk Mereka

Aqmal Ezany

Hari ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali Abam Bocey. Majlis pengebumian Allahyarham Abam dihadiri ribuan manusia itu menunjukkan betapa besarnya kesan yang ditinggalkan kepada rakyat Malaysia dan peminatnya ketika dia masih bernyawa.

Dalam keadaan keluarga dan peminat sedang bersedih, masih ada segelintir individu yang sanggup menjadikan pemergian Allahyarham sebagai modal untuk melariskan produk mereka.

Berikutan tindakan segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas pemergian Abam, rata-rata netizen melahirkan rasa berang dan tidak berpuas hati serta menyifatkan tindakan mereka ini sebagai tidak menghormati ahli keluarga Allahyarham Abam.

Berikut adalah beberapa hentaman yang dilakukan netizen susulan daripada sikap segelintir individu yang mengambil kesempatan ingin mempromosikan jualan mereka dengan menggunakan gambar arwah Abam Bocey:

Berikut adalah beberapa ‘screen shot’ posting yang dimuat naik segelintir individu sehingga menimbulkan kemarahan netizen:

Tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab ini bukanlah menggambarkan sikap semua pihak yang menjual produk dan servis berkaitan. Artikel ini disiarkan bukanlah untuk memburukkan mana-mana pihak, namun tindakan segelintir mereka ini tidak sepatutnya dilakukan.

Apa pun semoga Allahyarham Abam tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Facebook