Netflix Kenakan Cas Tambahan RM 13 Untuk Perkongsian Akaun Di Beberapa Negara
Netflix kini dilihat semakin memperluaskan usaha untuk menjana pendapatan baharu apabila akan mengenakan bayaran tambahan untuk akaun yang dikongsi, lapor BBC.
Pekhidmatan penstriman itu berkata ia akan meminta pengguna di lima negara dan Amerika Tengah untuk membayar caj tambahan sebanyak RM13.30 setiap bulan untuk tambahan “rumah kedua” kepada akaun mereka.
Netflix juga memberi amaran bahawa usaha membanteras perkongsian kata laluan akan diperluaskan di seluruh dunia. Keputusan baharu itu dibuat menjelang pengumuman berkenaan pendapatan tahunannya pada Selasa.
Awal tahun ini syarikat itu mengumunkan kejatuhan bilangan pelanggan pertamanya dalam lebih sedekad. Syarikat itu akan membuat kemaskini tentang bilangan keahlian langganan, dimana dijangka berlaku peningkatan dalam jumlah penurunan pelanggannya.
Ia merupakan sesuatu perubahan yang ketara selepas selama bertahun-tahun syarikat itu menyaksikan pertumbuhan yang pesat, dimana produk yang ditawarkannya telah merevolusikan cara manusia menikmati hiburan. Kehadiran Netflix juga dikatakan telah menyebabkan industri siaran televisyen tradisional dan pawagam berdepan cabaran besar.
Kedudukannya sebagai syarikat global yang besar menjadi lebih kukuh selepas berlaku pandemik pada 2020. Ketika itu, orang awam menghabiskan lebih banyak masa di rumah dan Netflix adalah salah satu medium hiburan yang menjadi pilihan global dalam tempoh itu
Namun begitu, selepas berakhirnya tempoh pandemik, Netflix bergelut untuk menarik pelanggan baru untuk melanggan dan mula kehilangan pelanggan setia.
Peningkatan harga membuatkan ramai pelanggannya terutama di AS dan UK membatalkan langganan masing-masing. Sementara pesaingnya seperti Disney dan banyak lagi yang mana pernah menjual filem dan siri televisyen kepada Netflix kini mepunyai platform penstriman sendiri, membuatkan penonton di AS beralih ke tempat platform baharu.
Kajian juga menunjukkan orang membuat langganan untuk menonton cerita yang diminati kemudian membatalkan langganan selepas habis cerita tersebut.
Setakat ini, tidak diketahui reaksi orang ramai berhubung pelaksanaan caj baharu oleh Netflix.
Pada Mac, Netflix ingin membuat cas tambahan kepada isi rumah, contohnya di Chile, untuh menambah ”extra member”.
Langkah terbaru itu yang berkuat kuasa pada bulan hadapan bermula di Argentina, Honduras, Guatemala, El Savador dan Republik Dominican.
Netflix berkata ia akan membuat beberapa eksperimen tentang cas tambahan sebelum melancarkan secara global pada hujung tahun ini. Pengguna boleh mengubah tetapan pada akaun masing-masing seperti menyingkirkan ‘homes’ pada bila-bila masa.
Sekiranya semua berjalan lancar, Netflix mampu mengabaikan isu perkongsian akaun. Tetapi, ramai melihat tindakan yang diambil sekarang adalah masuk akal untuk mengekang perkongsian akaun, walaupun berdepan kemungkinan kehilangan pelanggan.
” Saya rasa lebih banyak untung berbanding rugi berdasarkan keputusan yang dibuat ni. Mereka boleh mendapatkan keuntungan berlipat ganda dan mendapatkan apa yang mereka harapkan.” Kata Guy Bisson, Pengarah Eksekutif Ampere Analysis.
Selain mendapatkan keuntungan dari pelanggan sedia ada dengan mengecas mereka yang berkongsi kata laluan, Netflix juga dijangka akan bereksperimen pengenalan servis iklan berkos rendah.
Sumber: BBC NEWS