Nestlé Malaysia Rai 25 Tahun Usaha Memperkasa Kesihatan Jantung Bersama Yayasan Jantung Malaysia dan Persekutuan Jantung Sedunia
Nestlé Omega Plus Terus Satukan Rakyat Malaysia Dalam Perjalanan Menuju Kesihatan Kardiovaskular Global
Kempen ikonik ‘Walk A Million Miles’ (WAMM) anjuran Nestlé Omega Plus® kembali dengan fokus baharu bagi mengajak rakyat Malaysia bersama Yayasan Jantung Malaysia (YJM), selaras dengan seruan global Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) untuk menangani penyakit kardiovaskular.
Nestlé Omega Plus® menggandakan sumbangan tahunan kepada RM200,000 kepada YJM dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJNF) bagi menampung keperluan kewangan pesakit jantung serta menyokong penyelidikan, pendidikan dan program kesedaran mengenai kesihatan jantung.
Sebagai rakan utama dalam memperjuangkan kesihatan jantung rakyat Malaysia, Nestlé Omega Plus® mencatat sejarah dengan kembalinya kempen ikonik WAMM sempena sambutan 25 tahun usaha memupuk kesedaran menjaga kesihatan jantung melalui aktiviti berjalan, senaman, pemakanan sihat, dan pencegahan risiko kolesterol tinggi.
Pergerakan Nasional, Selari Dengan Inisiatif Global
Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2025, Nestlé Omega Plus® meningkatkan usaha dengan menyelaraskannya bersama keutamaan global WHF — termasuk komitmen menyediakan 1 juta saringan kesihatan percuma di seluruh Malaysia menjelang 2026, sebagai sokongan terhadap seruan WHF untuk akses lebih meluas kepada penjagaan kesihatan jantung.
Penyelarasan ini juga seiring dengan kempen global WHF “Don’t Miss A Beat” pada September, yang sejalan dengan misi lapan minggu WAMM untuk menggalakkan rakyat Malaysia berjalan lebih jauh demi kesihatan jantung yang lebih baik.
Di peringkat tempatan, WAMM menyasarkan 3 juta batu berjalan dan meningkatkan penyertaan kepada 30,000 peserta. Dana sumbangan RM200,000 kepada YJM dan IJNF akan disalurkan untuk penjagaan pesakit, penyelidikan, pendidikan, serta program kesedaran kolesterol dan kesihatan jantung di peringkat komuniti akar umbi.
“Sebagai ahli WHF, YJM komited memperjuangkan matlamat menyediakan akses rawatan yang adil, di samping meningkatkan kesedaran dan pencegahan penyakit jantung. Kerjasama bersama Nestlé Omega Plus® mengukuhkan usaha ini.
“Dengan menggalakkan rakyat Malaysia berjalan lebih banyak serta memanfaatkan sumbangan Nestlé untuk pembiayaan, penyelidikan, pendidikan dan program kesedaran kesihatan jantung, kami merealisasikan tema Hari Jantung Sedunia 2025, memastikan tiada siapa yang ‘tertinggal denyutannya’ dalam perjalanan menjaga kesihatan jantung.” kata Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Dato’ Dr Aljafri Abdul Majid.
“Perjalanan Nestlé Omega Plus® dalam memperkasa rakyat Malaysia menjaga kesihatan jantung bermula pada tahun 2000, tahun yang sama Hari Jantung Sedunia diperkenalkan.
“Penyelarasan usaha kami bersama WHF serta kerjasama jangka panjang dengan YJM sempena ulang tahun ke-25 ini sangat tepat pada masanya.
“Selama lebih dua dekad, WAMM menjadi simbol usaha kolektif negara untuk mengekang risiko kesihatan kardiovaskular, dan kini kami bangga inisiatif kecil ini berkembang menjadi sumbangan bermakna dalam usaha pencegahan penyakit jantung di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols.
Pelancaran & Aktiviti Kempen
Nestlé Omega Plus® melancarkan kempen ini bersama sesi diskusi panel bertajuk “Don’t Miss a Beat” bersama pakar kesihatan, selaras dengan tema WHF untuk 2025. Perbincangan memberi tumpuan kepada kepentingan menjaga kesihatan jantung, pengesanan awal, pencegahan, termasuk peranan pemakanan dan gaya hidup sihat
Menurut Dr Rowina Lynne Murray dari Institut Jantung Negara, penyakit jantung iskemia adalah penyebab utama kematian rakyat Malaysia berusia 30 hingga 69 tahun, menyumbang kira-kira 20% kematian.
“Berjalan 30 hingga 50 minit sehari boleh mengurangkan risiko kardiovaskular, melindungi kesihatan jantung dan membantu pengurusan kolesterol,” katanya.
Pelbagai acara dan aktiviti akan berlangsung sepanjang September dan Oktober di seluruh negara, termasuk acara berjalan fizikal tahunan WAMM pada 13 September di Taman Botani Perdana. Acara ini menampilkan saringan kesihatan percuma, sesi merasa produk Nestlé Omega Plus®, aktiviti keluarga, cabutan bertuah dan hadiah menarik, dengan sokongan jenama sukan terkenal seperti Amazfit dan Decathlon.
Kempen ini turut meneruskan aktiviti “Love Your Heart” di pusat beli-belah terpilih, menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma serta pengalaman interaktif bagi meningkatkan kesedaran dan mendorong rakyat Malaysia mengutamakan kesihatan jantung.
Sertai Kempen Ini
Pendaftaran WAMM 2025 dibuka mulai 29 Ogos 2025 melalui aplikasi mudah alih BookDoc. Peserta boleh merekod jarak berjalan, memantau perkembangan dan memenangi hadiah menarik melalui aplikasi. Terdapat pilihan percuma atau pakej berbayar RM30 yang termasuk jersi penamat, beg hadiah Nestlé, dan ganjaran khas bagi peserta yang mencapai 300,000 langkah dan ke atas.
Untuk maklumat lanjut mengenai Nestlé Omega Plus® Walk A Million Miles 2025, layari www.nestlehomeofgood.com.my atau Facebook Nestlé Omega Plus