Gambar via Google

Naomi Edwards Bakal Derma Semua Wang Hadiah Perlawanan Minggu Ini Untuk Mangsa Gempa Haiti

Eyla Azri

Bintang tennis Jepun, Naomi Osaka, yang juga merupakan pembawa obor terakhir di Olimpik Tokyo 2020 lalu akan mendermakan semua hadiah berupa wang perlawanannya minggu ini untuk mangsa gempa bumi di Haiti.

Gempa bumi dengan magnitud 7.2 skala Ritcher telah menggegar Haiti Sabtu lalu, dan menewaskan 304 korban jiwa, sementara 1,800 lagi cedera.

Melalui hantaran di laman Twitter, Naomi yang juga berdarah kacukan Haiti-Jepun berkata, dia juga sangat terkesan apabila mendengar berita bencana itu.

“Saya akan bertanding minggu ini dan semua wang hadiah dari pertandingan ini akan saya salurkan untuk meringankan beban mereka di Haiti.

“Saya percaya darah nenek moyang kita masih kuat dan kita akan terus bangkit,” tulis Naomi.

Bercakap tentang Haiti, Naomi mengaku terakhir kali mengunjungi tempat kelahiran bapanya itu pada tahun 2019, dan ia merupakan satu pengalaman bermakna dalam hidupnya.

Haiti yang sebelumnya pernah mengalami bencana gempa bumi dengan magnitud 7.0 skala Ritcher pada 2010 masih dalam fasa pembaikan sebelum dilanda bencana sama, Sabtu lalu.

Sumber: Insider