Jika diimbau kembali sebelum telefon pintar mampu dimiliki oleh golongan-golongan muda terutamanya pelajar sekolah, kafe siber merupakan tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi atas pelbagai tujuan.
Kebiasaannya, kafe siber akan dipenuhi oleh pelajar-pelajar sekolah yang bermain permainan dalam talian bersama rakan-rakan mereka. Namun, terdapat kekangan yang dihadapi apabila pusat kafe siber tidak boleh dimasuki sekiranya memakai pakaian sekolah.
Gambar: NvidiaDisebabkan kekangan tersebut, seorang pelajar lelaki melindungi baju sekolahnya dengan kotak agar dapat masuk ke pusat internet tersebut. Dia mengambil tindakan tersebut adalah kerana tidak mahu pulang ke rumah terlebih dahulu untuk menukar pakaian.
Kisah yang dikongsikan oleh Terenex melalui laman Instagram ini dianggap sebagai perkara yang melucukan.


Walau bagaimanapun, tidak diketahui samada dia dibenarkan atau tidak untuk kekal masuk ke dalam kafe siber berkenaan.
Sumber: Elite Readers