Pedofilia adalah satu masalah psikologi yang dihidapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik secara seksual terhadap kanak-kanak.
Masalah ini adalah sangat serius dan jenayah pedofilia ini juga semakin membimbangkan masyarakat di seluruh dunia, termasuk di negara kita.
Jenayah seksual ini sebenarnya sangat mudah berlaku kerana mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak kebanyakannya masih belum mengetahui atau memahami apa yang sedang dihadapi oleh mereka, sekiranya diserang seorang pedofil.
Apa yang lebih menyayat hati ialah ada sebahagian daripada mangsa ini yang telah hamil pada usia yang sangat muda.
Laman Baitus Solehah pernah berkongsikan satu kisah mengenai mangsa pedofilia sebegini di Facebook mereka satu ketika dulu.
Diharapkan kisah yang dikongsikan ini dapat membuka mata masyarakat mengenai gejala yang semakin merunsing ini dan membuatkan kita lebih peka dalam menjaga anak-anak kecil yang ada dalam keluarga kita.
Sumber: FB Baitus Solehah