Gambar: Dakwatuna

“Nak Kena Lempang Ke?” Bahasa Kasar Ibu Bapa Terhadap Anak Bawa Kesan Jangka Masa Panjang

syafiq halim

Layanan yang baik kepada orang lain sudah pastinya dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Apa tidaknya, layanan yang baik dapat melatih diri untuk menghormati orang lain di samping dapat menjaga hati mereka. Begitu jugalah perlu dipraktikkan kepada ahli keluarga seperti isteri dan juga anak yang sentiasa melihat perlakuan kita untuk dijadikan contoh.

Seperti yang digambarkan oleh seorang individu melalui perkongsian di akaun Facebook Ted Aziz, tekanan yang dihadapi mungkin datang dari persekitaran kita seperti isteri dan anak. Namun, melalui perkongsian tersebut, individu ini telah menjelaskan kepentingan memberi layanan terutamanya dari segi bahasa.

Berdasarkan perkongsian tersebut, seseorang anak yang kerap dimarahi dalam sesuatu keadaan akan melatih dirinya memberontak ketika sesuatu keinginan tidak dicapai. Malah, anak yang juga terkesan dengan bahasa kasar yang digunakan oleh itu bapa secara tidak langsung akan menerapkan adab negatif bahasa tersebut melalui percakapannya apabila dewasa kelak.

Begitu juga bagi seorang isteri, layanan yang baik terhadapnya dapat melatih emosi supaya dapat menghilangkan penat lelah selama ini menguruskan rumah tangga mereka. Mereka juga perlu diberikan masa untuk diri mereka sendiri supaya bebas untuk melakukan apa sahaja yang telah diidamkan.

Walau bagaimanapun, kitalah sebenarnya individu yang bertanggungjawab bagi mencorakkan kehidupan isteri dan juga anak yang membesar dengan nilai-nilai yang kita terapkan. Sungguhlah, pepatah ‘Anak umpama kain putih, kitalah yang mencoraknya’ sangat sesuai untuk dipadankan dengan situasi ini.

Sumber: