
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Pada minggu ini, pastinya ramai yang berpusu-pusu ke pusat membeli-belah untuk membuat persiapan raya. Barangan dari segi barangan keperluan dapur dan bahan asas masakan pasti menjadi tumpuan pada ketika ini sebab ramai yang ingin menyediakan juadah raya sendiri di rumah untuk jamu keluarga dan tetamu yang datang memeriahkan sambutan Aidiladha.
Pun begitu, jauh di sudut hati pastinya memikirkan kos barangan yang semakin tinggi sehingga boleh menjejaskan kewangan pada bulan ini. Tapi, jangan risau, ada ‘taktik rahsia’ untuk dapatkan barangan pada harga yang lebih murah dari harga asal. Dengan ‘taktik’ atau tips ini, anda boleh nikmati potongan diskaun dan pulangan yang berbaloi.
Taktik yang dimaksudkan adalah dengan tawaran di Lazada, antaranya diskaun sehingga 70% sempena Jualan Pertengahan Tahun Lazada 7.7, bermula dari 7 hingga 9 Julai.
Bukan itu sahaja, ada pelbagai produk makanan pada harga diskaun dan yang penting, ianya sah diperakui Halal menerusi ‘Laz Halal’.
Menurut Syarif Lee, Ketua Pegawai Pelanggan Lazada Malaysia, Laz Halal diwujudkan bagi memudahkan para pelanggan untuk mendapatkan produk yang sah diperakui Halal dalam talian. Ianya diharapkan dapat memberikan keyakinan dan jaminan kepada rakyat Malaysia untuk produk Halal yang berkualiti pada harga yang menarik, di samping membolehkan para pelanggan menikmati diskaun dan pulangan berbaloi di wadah dalam talian Lazada.

Sah Diperakui Halal dengan Pensijilan Halal JAKIM
Kesemua produk yang disenaraikan di Laz Halal merupakan produk yang telah disahkan mempunyai pensijilan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dengan ini, para pelanggan lebih mudah dan yakin untuk memilih produk keluaran tempatan dan jenama global yang berkualiti dan berbaloi di Laz Halal.
Pastikan anda terus klik ikon ‘Laz Halal’ di Halaman Utama aplikasi Lazada Malaysia, kerana hanya di Laz Halal anda dapat membeli produk yang sah diperakui Halal dengan mudah dan terjamin.

Lebih Jimat Buat Persiapan Raya
Lazada sangat memahami situasi yang dialami oleh rakyat Malaysia pada ketika ini dengan harga barangan yang meningkat. Disebabkan itu, pelbagai tawaran boleh direbut, antaranya diskaun 50% dan banyak lagi, seperti servis penghantaran percuma. Ini diharapkan serba-sedikit dapat membantu kos perbelanjaan untuk Raya Haji.
Bila nak raya ni, mesti ramai yang sudah merancang untuk membuat hidangan raya seperti kuih raya dan pelbagai jenis masakan. Oleh itu, kami nak kongsikan beberapa bahan asas masakan yang anda boleh dapati dengan harga yang murah dan diyakini Halal.
Antaranya ialah ikan bilis yang boleh dimasak pelbagai hidangan seperti sambal untuk dihidangkan bersama lontong pada hari raya nanti. Kalau tiada ikan bilis, rasa lontong tersebut macam tak cukup enak, kan? Anda juga boleh dapatkan ikan bilis tersebut dengan 34% potongan diskaun melalui pautan INI.
Bukan itu sahaja, kalau sudah jelak makan juadah berat, dan rasa hendak mengunyah kudapan atau snek, boleh dapatkan biskut dan love letters Julie’s pada harga diskaun 26%. Just klik di pautan INI.

Kalau dah ada makanan, pasti kena bancuh air kan. Jom pekena Nescafe Classic atau feeling mewah sikit dengan Nescafe Caramel Latte. Takpun, boleh layan Milo, bancuh kaw kaw a’la Milo dinosaur sejuk letak ais!

Bukan itu saja, anda boleh dapatkan lebih banyak barangan persiapan raya yang telah diperakui Halal dan terdapat pelbagai potongan harga melalui saluran Laz Halal di aplikasi Lazada. Memang rugi sekiranya tidak memanfaatkan peluang ini untuk berjimat ketika membuat persiapan Raya Haji. Sekiranya anda berminat, boleh jenguk-jenguk dahulu saluran Laz Halal melalui pautan INI.
Diskaun Sehingga 50%
Lebih menarik, saluran Laz Halal di aplikasi Lazada juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk memastikan rakyat Malaysia dapat lebih berjimat apabila berbelanja dan membeli barangan keperluan. Bersempena dengan a Aidiladha yang bakal tiba beberapa hari lagi, pastinya tawaran diskaun ini dapat memberikan kelegaan, lantaran tawaran harga yang lebih murah dari harga asal.
Bukan setakat diskaun sehingga 50%, Lazada juga menawarkan servis penghantaran percuma dalam tempoh Jualan Pertengahan Tahun Lazada 7.7. Buka setakat dapat berjimat dengan pembelian separuh harga, kini jimat berganda pula dengan kos penghantaran percuma.
Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7
Bermula dari 7 sehingga 9 Julai 2022, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 akan menawarkan pelbagai ganjaran dan shoppertainment untuk semua pelanggannya. Lebih istimewa, diskaun sehingga 70% akan menjadi tarikan utama dalam tempoh tersebut di samping potongan RM10 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan dengan timbunan Lazada Bonus.
Ribuan peniaga dan baucar jenama dengan diskaun sehingga 77% juga menanti anda di aplikasi Lazada Malaysia, di samping servis penghantaran percuma tanpa sebarang perbelanjaan minimum serta Crazy Flash Deals serendah RM7.70.
Bukan itu sahaja, dari 7 sehingga 9 Julai ini, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 akan dihujani dengan 15 juta LazCoins setiap hari khas untuk ditebus oleh para pelanggan. Menariknya, tiada nilai minimum yang disyaratkan bagi melayakkan mereka menikmati pulangan tunai, dengan insentif sehingga 77% dalam bentuk LazCoins.

Seperti yang telah dinyatakan di atas, terdapat pelbagai tawaran hebat dari Lazada yang dapat membantu pelanggan untuk berjimat. Apa tidaknya, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 menawarkan diskaun hebat sehingga 70%. Itu belum termasuk penghantaran percuma dan juga LazCoins yang boleh dinikmati pelanggan.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Laz Halal dan Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7, anda boleh melayari di pautan ini.