Korea Selaran dilaporkan menawarkan bantuan hampir USD 100,000 (RM 403,000) untuk pasangan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak dalam setiap keluarga.
Memetik laporan media tempatan, KNN, inisiatif kewangan yang dilaksanakan itu bagi mengatasi masalah populasi penduduk yang semakin menurun.
Menurut laporan, sekiranya pasangan itu melahirkan seorang anak, maka tiada faedah pinjaman yang akan dikenakan. Bagi dua anak, 30 peratus faedah pinjaman akan dikecualikan dan sekiranya keluarga mempunyai tiga anak atau lebih, maka pembayaran balik pinjaman tidak akan dikenakan atau menjadi hibah.
CNN mengatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Korea Selatan melaporkan lebih banyak kematian yang dicatat berbanding kelahiran pada tahun 2020.
Rekod mencatatkan sebanyak 275,815 kelahiran berbanding 307,764 kematian.
Berikutan itu, pegawai di Changwon merasa khuatir sekiranya jumlah penduduk berada di bawah jumlah 1 juta. Dengan ini, pemerintahan daerah juga mendakwa untuk menciptakan lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi subsidi perumahan untuk pekerja dan pelajar universiti.
Bagaimanapun, ia juga beranggapan waktu kerja yang panjang dan kekurangan peluang pekerjaan merupakan faktor utama kadar kelahiran dan perkahwinan yang semakin rendah di kalangan penduduk.
Sumber: UPI.Com