
Dalam keadaan negara yang masih lagi menjalani PKP, golongan ibu bapa pastinya tidak kering idea untuk menghilangkan kebosanan anak-anak kecil ketika di rumah. Salah satu aktiviti yang sering dilakukan adalah menonton filem bersama mereka.
Sudah tentulah terdapat pelbagai filem-filem animasi yang boleh ditonton bersama, kalau nak disenaraikan semua filem itu memang tidak akan habis, tetapi antara yang paling popular adalah Kung Fu Panda, Madagascar, How To Train Your Dragon, Shrek, The Boss Baby, Trolls dan Megamind.
Apa persamaan kesemua filem animasi tersebut? Ya, ia diterbitkan oleh DreamWorks Animation. Menariknya, bukan golongan kanak-kanak saja yang tertunggu-tunggu untuk menonton filem-filem itu tetapi golongan dewasa juga.
Patung mainan DreamWorks KouKou


Mungkin ada yang belum tahu, karakter-karakter dalam sesetengah filem animasi tersebut juga sebenarnya telah dijadikan sebagai patung mainan yang dikenali sebagai DreamWorks KouKou.
Sejak beberapa tahun yang lalu, patung mainan DreamWorks KouKou itu yang berdasarkan karakter-karakter Kungfu Panda, Madagascar dan How To Train Your Dragon sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Dengan ‘kegebuan’ patung-patung tersebut, siapa saja yang melihatnya pasti akan terpikat.



Peminat-peminat filem animasi itu juga akan berusaha mengumpulnya dan menjadikannya sebagai koleksi yang sangat berharga.



Disebabkan itu juga, DreamWorks KouKou kali ini bekerjasama dengan Similac Intelli-Pro dan Similac Gain Plus/Kid Gold melalui peraduan #PlayAndLearn iaitu mengarah filem untuk kanak-kanak. Ini merupakan peluang yang sangat besar untuk anak-anak anda yang ingin mengembangkan kreativiti mereka dan menayangkan hasil filem tersebut kepada orang ramai.
Apa yang menarik adalah ibu bapa dan anak-anak boleh menghasilkan filem yang kreatif dengan berganding bersama karakter patung mainan DreamWorks KouKou.
Mulai 1 Ogos hingga 30 September hasilkan filem kreatif menangi hadiah sehingga RM30,000
Dalam tempoh PKP ini, bolehlah anda isikan masa terluang bersama anak-anak dengan menyertai peraduan ini yang akan bermula pada 1 Ogos sehingga 30 September 2021 nanti. Peluang keemasan ini juga membolehkan anda dan anak-anak berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000!
Ditambah dengan penyerapan Nutrien Optimum dari Abbott Similac Gain Plus/Kid Gold dan Similac Intelli-Pro, anak-anak anda mungkin akan lebih aktif dan kreatif dalam menghasilkan idea-idea filem yang menarik. Layari pautan INI untuk maklumat peraduan.
Macam mana nak jadi ala-ala director? Tips hasilkan filem guna smartphone
Sebelum menyertai peraduan ini, meh SK kongsikan macam mana cara atau tips nak buat filem guna smartphone masing-masing. Jom tengok dekat bawah ini.
Guna tripod untuk dapat shot yang stabil
Selain telefon pintar, tripod juga perlulah digunakan dalam menghasilkan sesebuah video atau movie kerana ia melancarkan proses ‘penggambaran’ yang ingin dilakukan. Bagi yang tidak tahu, tripod berfungsi untuk ‘memegang’ telefon pintar dan akan menstabilkan setiap rakaman serta menampakkan video tersebut lebih ‘profesional’.

Dalam erti kata lain, telefon itu tidak perlu lagi dipegang dengan menggunakan tangan sendiri dan ia boleh menggelak dari mendapatkan rakaman yang goyah dan ‘blur’.
Bukan itu sahaja, tripod juga boleh menjadi alat yang sempurna untuk menghasilkan video Timelapses kerana ia kekal stabil tanpa sebarang gangguan.
Guna aplikasi suntingan terbaik
Kanak-kanak yang membuat filem dengan menggunakan telefon pintar akan belajar banyak perkara penting iaitu dari pengetahuan mengenai teknikal hingga ke maklumat terperinci mengenai asas-asas pencahayaan dan audio. Ini termasuk melalui suntingan video.
Apalah gunanya telefon pintar tanpa memuat turun aplikasi-aplikasi suntingan video atau filem. Terdapat puluhan aplikasi tersebut yang boleh membantu anda untuk merakam dan menyunting sesebuah video.
Editing Videos On Mobile Phone Using Video Editor AppTidak memerlukan teknologi yang rumit, aplikasi tersebut menyediakan segalanya termasuk untuk menyunting, menambah muzik, dan menyatukan rakaman video menjadi satu filem. Salah satu aplikasi yang popular sememestinya iMovie.
Penyuntingan video merupakan cara yang baik untuk beralih dari penggambaran asas kepada sesuatu yang sedikit rumit. Ia akan memberi peluang untuk anak-anak belajar perkara baharu dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan.
Rakam video dengan betul, tidak secara menegak
Mungkin perkara ini dianggap remeh, tetapi ia merupakan asas penting dalam merakam sesebuah video. Anda perlu sentiasa mengingatkan anak-anak agar tidak merakam video secara menegak kerana hasilnya hasilnya sangatlah tidak memuaskan.

Setiap rakaman perlulah diambil dengan menggunakan mode landskap kerana ia tidak hanya menjadikan video anda kelihatan lebih estetik tetapi akan menjadikannya lebih menyeronokkan untuk ditonton di skrin lebar atau televisyen.
Justeru, ingatkan anak-anak mengenai peraturan penting ini, jangan sesekali memegang telefon secara menegak semasa merakam.
Memasukkan mainan-mainan ke dalam video

Salah satu perkara utama dalam menghasilkan filem adalah pelakon-pelakonnya. Jika anda sudah jemu menjadi pelakonnya, anda boleh menasihatkan anak-anak untuk menggunakan mainan-mainan yang sedia ada di rumah.
Ia merupakan langkah yang terbaik untuk kanak-kanak mengembangkan jalan cerita dan menjadi lebih kreatif dalam penghasilan filem.
Antara mainan yang boleh digunakan adalah tokoh filem aksi, kereta mainan, patung haiwan dan juga koleksi patung DreamWorks KouKou.
Dengan penglibatan patung dan mainan kegemaran itu, anak-anak pasti akan lebih teruja dan lebih jujur dalam menghasilkan sesebuah filem.
Setelah memahami segala tips yang telah dikongsikan di atas, inilah masanya untuk ibu bapa mempraktikkannya dengan mengarah dan menghasilkan filem yang ‘gempak’ bersama anak-anak. Tak usah tunggu lagi, jom sama-sama sertainya.
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini dan melihat pelbagai tawaran eksklusif berkaitan dengan DreamWorks KouKou, anda boleh melayari pautan INI.