Seorang remaja British dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas seekor buaya ‘membaham’ kakinya, lapor The Mirror.
Menurut laporan, remaja tersebut dikatakan sedang berakit di jeram Zambia apabila seekor buaya besar menyerangnya di Sungai Zambezi, pada Selasa lalu.
Menurut artikel susulan The Mirror, serangan itu dikatakan berlaku sebaik sahaja pemandu rakit itu memberhentikan lawatan untuk makan tengah hari.
Pada masa itulah, kaki remaja tersebut diserang oleh buaya itu kerana kakinya tergantung di atas permukaan air.
Dia terperangkap dengan serangan buaya itu, namun berjaya diselamatkan oleh rakannya yang bertindak menumbuk buaya yang berukuran 10 kaki itu.
Amelie Osborn-Smith, 18 tahun, dikatakan sedang berakit di sungai Zambezi, Zambia apabila kejadian ngeri itu berlaku.
Seorang saksi memberitahu The Sun bahawa rakan lelaki kepada remaja tersebut terjun ke dalam air dan bertindak menumbuk buaya itu semasa kejadian itu berlaku.
Ibu kepada Amelie, memberitahu The Sun bahawa seorang rakannya telah menyelamatkan nyawa anak perempuannya itu.
Amelie dikatakan sedang bercuti melalui organisasi berdekatan dan Amelie diberitahu bahawa kawasan yang dia pergi adalah ‘selamat’ daripada serangan buaya.
Sumber: The Mirror