Foto: Izzati Suza

“Mula Kumpul Sejak Usia 17 Tahun,” Ibu Kumpul ‘Inventory’ Makanan Tradisional Dan Moden Buat Anak Kagum

Edayu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Boleh dikatakan semua orang mempunyai minat dan hobi tersendiri. Hobi ini sudah menjadi ‘sahabat karib’ sesetengah individu. Bermula dengan suka-suka dan akhirnya menjadi minat dan hobi mengumpul barangan unik dan antik.

Tidak dinafikan oleh seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Izzati kerana ibunya juga seorang penggemar mengumpul barangan unik seperti arca makanan kecil sejak usia remaja.

Ikuti kisah menarik ini untuk dikongsikan kepada semua tentang keunikan hobi yang dimiliki oleh wanita yang bernama Mazlina Mokhtar.

Tiap 4 tahun…mak aku akan kemas inventory lauknya. Mak mula kumpul sejak umur 17 tahun dan sekarang dia umur 55 tahun.

Menurut anaknya semasa dihubungi SK sebenatar tadi mengatakan bahawa koleksi ibunya itu suku daripadanya adalah pemberian daripada orang ramai. Contohnya seperti magnet dari negara-negara luar dan cenderahati.

“Mak saya anggap hobinya sebagai terapi”

Uniknya, Puan Mazlina Mokhtar mula mengumpul koleksi ini sejak berusia 17 tahun dan sekarang dia sudah berusia 55 tahun.

Ni semua collection mak saya dan tak, she didnt make any of these. Local miniature artists of my mother’s favourite (IG): @tinypinc , @ittle_craving_st , @picoworm..

Ini pula, koleksi jenis magnet…

Sesetengah orang suka mengumpul buku cerita, koleksi kereta mainan dan sebagainya. Jadi, hobi dan minat ini salah satu terapi untuk kita semua.

Sumber: Izzatisuza