Selepas kenyataan dari Istana Negara semalam di mana Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah untuk semua ketua pimpinan Parti Politik mengusulkan cadangan nama untuk memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Pagi ini, lebih kurang jam 10.03 pagi, kenderaan membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Takiyuddin Hassan, TS Annuar Musa, DS Hadi Awang, DS Mohamed Azmin Ali tiba di Pintu 2 Istana Negara dan dijangka menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mengusulkan nama Perdana Menteri ke8 kepada Baginda.
Sumber: Bernama