MR D.I.Y. Catat Kejayaan Dengan Kemenangan Kali Ke-8 Berturut-turut Di World Branding Awards
Kumpulan MR D.I.Y. telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting apabila meraih kemenangan kelapan berturut-turut di World Branding Awards (WBA). Jenama tersebut dinobatkan sebagai “Jenama Runcit Perkakas Rumah Terbaik” dalam Kategori Anugerah Serantau pada edisi ke-20 yang dianjurkan oleh World Branding Forum.
Vivian Sun, Naib Presiden Eksekutif MR D.I.Y. Thailand (kiri) menerima Anugerah Brand of the Year dari Pengerusi World Branding Forum, Richard Rowles (kanan) di Osaka City Museum of Fine Arts, Jepun.Kemenangan terbaharu ini meneruskan rangkaian kejayaan MR D.I.Y., yang bermula dengan tiga Anugerah Kebangsaan berturut-turut dari 2018 hingga 2020, disusuli lima Anugerah Serantau dari 2021 hingga 2025, membuktikan pengaruh jenama tersebut yang semakin berkembang dan kehadiran jenamanya yang kukuh di peringkat antarabangsa.
Mengulas pencapaian tersebut, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan jenama tersebut dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang berpandukan nilai.
“Diiktiraf di World Branding Awards untuk tahun kelapan berturut-turut adalah satu penghormatan yang amat besar. Ia mengukuhkan kepercayaan kami bahawa nilai bukan sekadar harga, ia merangkumi pengalaman bermakna yang kami berikan kepada pelanggan setiap kali melangkah masuk ke kedai kami. Penghargaan ini menunjukkan bahawa komitmen kami terhadap kemampuan milik, inovasi dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan telah menghasilkan perubahan di seluruh rantau ini.”
Beliau menambah, “Pengiktirafan ini adalah milik warga kerja dan para pelanggan kami. Pasukan kami bekerja keras untuk berkhidmat kepada komuniti di Malaysia dan rantau ini, manakala para pelanggan terus memberikan kepercayaan mereka. Kami amat berterima kasih atas sokongan tersebut – inilah yang mendorong kami untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, berkembang, dan menyampaikan nilai yang terbaik.”
MR D.I.Y. raih kemenangan kelapan berturut-turut di World Branding AwardsBermula pada 2005 sebagai sebuah kedai perkakas kecil di Malaysia, MR D.I.Y. kini mengoperasikan lebih 5,000 buah kedai dengan pelbagai jenis runcit – MR. D.I.Y., MR. TOY dan MR. DOLLAR, disokong oleh pasukan dari Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Kemboja, India, Turkiye, Sepanyol, Vietnam, Bangladesh, Poland dan Afrika Selatan.
World Branding Awards mengiktiraf jenama-jenama dari pelbagai negara merentasi peringkat antarabangsa, serantau dan kebangsaan. Bagi edisi 2025-2026, lebih 1,092 jenama dari 66 negara telah dicalonkan. Pemenang ditentukan melalui penilaian jenama, kajian pasaran pengguna dan undian awam dalam talian. Majlis penganugerahan pada tahun ini berlangsung di Osaka Museum of Fine Arts, Jepun, yang meraikan jenama-jenama terkemuka dari seluruh dunia atas kecemerlangan dalam penjenamaan dan kepercayaan pengguna.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web MR D.I.Y. di www.mrdiy.com, dan media sosialnya di Facebook dan Instagram.