Kejadian tragis yang menimpa Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, yang maut ditetak penyamun di kediamannya di Bukit Bandaraya, Bangsar, awal pagi tadi, ternyata menyedihkan rakyat Malaysia.
Arwah yang juga seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), dikatakan cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap bahagian dapur rumah banglo dua tingkat itu.
Mangsa yang kemudiannya ditetak pada bahagian muka dan leher dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala isterinya seorang pesara kerajaan berusia 70 tahun yang turut ditetak cedera di tangan kanan.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, rata-rata ahli keluarga dan kenalan mengucapkan takziah dan rasa terkejut di atas pemergian arwah secara mengayat hati.
Anak saudara mangsa berkata, arwah sempat menjadi imam solat jemaah di Masjid Saidina Abu Bakar, sehari sebelum arwah meninggal dunia.
Subuh semalam sempat jadi imam, pagi ini arwah ditetak pencuri
Perginya seorang ahli masjid..
Moga syurgamu buatmu Ayat Teh..
Kami tak sangka dapat berita sedih ini..
Semoga syahid kerana lindungi keluarga
Takziah diucapkan keluarga arwah. Semoga tabah menghadapi ujian ini. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diberikan ganjaran syurga setingginya. Amin.
Sumber: Facebook