Jika dahulu, fotografi hanya dijadikan sebagai hobi mahupun untuk merakam saat-saat indah untuk dijadikan kenangan. Namun kini, selari dengan kecanggihan teknologi dan permintaan yang tinggi, bidang ini telah berkembang menjadi satu kerjaya profesional. Malah, banyak universiti dan institusi pendidikan yang menawarkan kursus fotografi.
Seorang jurugambar memerlukan kemahiran, teknik dan ilmu pengetahuan yang tinggi tentang fotografi. Bukan mudah, mereka perlu mengorbankan wang, tenaga dan masa yang lama untuk ‘memenuhi kriteria’ sebagai jurugambar professional. Bahkan, untuk menangkap gambar yang cantik memerlukan kesabaran kerana nilai disebalik gambar itu adalah penting. Bukan boleh tangkap secara semberono sahaja.
Mungkin sebelum ini individu yang mahu menggunakan khidmat jurugambar tertanya-tanya mengapa ditawarkan harga mahal. Malah mungkin ada yang beranggapan bahawa profession sebagai Photograher adalah ‘bermodalkan’ sebuah kamera semata-mata. Seorang jurugambar, Azma Redzal telah berkongsi di laman Twitter tentang kerjayanya yang masih ramai belum sedar tentang realitinya.
Gambar : Twitter Azma RedzalMenurutnya, beliau terasa kecil hati dengan segelintir orang yang memandang rendah tentang kerjaya sebagai seorang jurugambar. Ceritanya bermula apabila salah seorang rakan menghubunginya untuk bertanyakan tentang perkhidmatan fotografi. Rakannya itu menyatakan bahawa ada seseorang yang memerlukan khidmat beliau untuk shoot gambar baju yang diniagakan tetapi mahu menggunakan khidmatnya ambil gambar secara percuma.
Gambar : Twitter Azma RedzalPerkara itu ternyata telah membuatkan Redzal tersentak kerana beliau telah berada dalam bidang tersebut lebih dari 3 tahun namun masih ada individu yang kurang mengerti tentang kepayahan kerjayanya. Redzal menyatakan bahawa peralatan yang digunakan bernilai hampir RM 12,000. Sama seperti kerjaya lain, beliau juga memerlukan duit untuk membayar dan menampung segala keperluan harian.
Ini Bukan Sahaja Soal Pengalaman Dan Kemahiran
Malah, Redzal memberi peringatan kepada individu terbabit supaya menghormati dan menyokong industri fotografi ini termasuk jurugambar junior (baru). Hal ini berikutan, jurugambar baru bukan sahaja perlu meningkatkan kemahiran mereka tetapi juga memerlukan wang untuk membeli peralatan.
Gambar : Twitter Azma RedzalDi samping itu, individu perlu mengambil kira kos perjalanan ke lokasi dan tenaga jurugambar jika hendak menggunakan perkhidmatan mereka. Jurugambar bukan sahaja ‘berkhidmat’ semasa proses fotografi tetapi juga selepas sesi itu di mana ia melibatkan kemahiran editing.
Gambar : Twitter Azma RedzalMungkin ramai tidak tahu bahawa semua kamera mempunyai jangka hayatnya sendiri dan setiap shot akan mengurangkan ‘umur’ kamera tersebut.
Gambar : Twitter Azma RedzalRedzal menyatakan bahawa niatnya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar industri fotografi.
Gambar : Twitter Azma RedzalPada akhir ciapannya, Redzal menasihatkan semua untuk menghormati dan menghargai kerjaya dalam industri grafik dan multimedia. Mereka dalam industri ini sahaja yang tahu bahawa ia memerlukan kos yang tinggi untuk ‘memiliki’ kemahiran seperti itu. Ianya bukan kerjaya yang boleh dipandang enteng sehingga orang ramai boleh minta untuk mengurangkan harga sewenang-wenangnya. Ia kemahiran yang dimiliki oleh orang ‘terpilih’.
Gambar : Twitter Azma RedzalSumber : Azma Redzal
Jawatan Kosong Siakapkeli
1. Penulis/Writter
Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
Berumur 26 tahun dan ke bawah
Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
Mempunyai minat dalam bidang penulisan
Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
Boleh berkerja Shift
2. Video Editor
Terbuka untuk lepasan Diploma atau Ijazah
Berpengalaman dalam bidang video editing
Mempunyai perwatakan menarik
Kreatif
Boleh bekerja berkumpulan
Mahir Adobe Premiere dan Final Cut Pro
3. Pelukis Komik
Terbuka kepada mereka yang kreatif menghasilkan kartun
Kreatif
Boleh bekerja berkumpulan
Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
4. Internship di Siakapkeli
Bidang dikehendaki Diploma/Ijazah (terbuka sepanjang tahun)
Pengambilan untuk jawatan kosong adalah segera untuk kemasukan Mei 2019, Jika berminat e-mail resume (writter), resume & portfolio (video editor), resume & komik dengan kisah ringkas menarik (Pelukis Komik), hasil karya metilah dihasilkan sendiri ke firdaus@siakapkeli.my, mereka yang terpilih akan dipanggil temuduga.