MINILAND SINGAPORE DI LEGOLAND MALAYSIA MUNCUL DENGAN WAJAH BARU, SEMPENA ULANG TAHUN KE-60 SINGAPURA
ISKANDAR PUTERI, 1 Ogos 2025 – LEGOLAND® Malaysia kini tampil dengan tarikan terbaru yang lebih segar dan mengagumkan – MINILAND Singapore versi baharu, yang direka khas sempena ulang tahun ke-60 negara jiran kita, Singapura.
Pertama kali diperkenalkan pada 2012, kawasan ini kini berubah menjadi pengalaman interaktif yang penuh warna dan hidup, meraikan ikon-ikon popular Singapura dalam bentuk LEGO® yang menakjubkan. Lebih 1.5 juta keping LEGO digunakan dan masa pembinaan melebihi 16,000 jam. Kawasan ini kini meliputi 240 meter persegi, memuatkan 16 model berskala besar, 10 buah bot, 80 kenderaan dan lebih 100 adegan mini yang dihidupkan oleh lebih 1,600 Minilander – figura LEGO kecil yang sarat dengan personaliti tersendiri.
Antara ciri menarik yang menjadikan pengalaman ini lebih imersif termasuklah air terjun berkabus, kenderaan bergerak, permainan interaktif dan bunyi latar yang realistik, menjadikan setiap sudut MINILAND Singapore seperti dunia mini sebenar.
Teroka Mini Singapura – Kecil Saiznya, Besar Wow-Faktornya!
Beberapa tarikan utama yang direka semula mencuri perhatian dengan saiz dan ciri interaktifnya:
Marina Bay Sands: Berdiri setinggi 4 meter, menonjol sebagai mercu utama Singapura dalam versi LEGO.
Singapore Flyer: Struktur berputar setinggi 3.4 meter, lengkap dengan suasana perayaan dan persembahan kebudayaan mini.
Air Pancut Merlion: Ikon kegemaran ramai yang memancutkan air! Tekan sahaja butang dan lihat Merlion menyemburkan air seperti di Marina Bay.
Cloud Forest & Flower Dome: Dengan kesan kabus, air terjun mini, laluan gantung dan kehijauan yang memukau – semuanya dalam bentuk LEGO.
Perlumbaan Meja Terakhir: Sebuah permainan interaktif di mana pengunjung bantu dua keluarga LEGO berlumba untuk rebut meja terakhir di festival makanan – sebab kalau di Singapura, bab makan memang tak main-main!
“MINILAND Singapore versi baharu ini adalah surat cinta kami kepada salah satu negara paling ikonik di Asia Tenggara,” kata Cs Lim, Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort. “Kami nak setiap pengunjung rasa lebih dekat dengan Singapura – bukan saja melalui binaan hebat, tapi juga pengalaman bermain dan meneroka bersama keluarga.”
Seronok Untuk Semua Umur
MINILAND Singapore membawakan keajaiban LEGO ke tahap baru dengan gabungan kejuruteraan kreatif dan penceritaan yang menghiburkan. Pengunjung boleh berinteraksi dengan model tertentu seperti Merlion yang menyembur air dan permainan perlumbaan meja.
Selain itu, terdapat juga potongan dalaman bangunan, paparan kebudayaan, kenderaan yang bergerak dan kejutan tersembunyi LEGO® untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.
Sama ada anda peminat LEGO, warga Singapura yang ingin bernostalgia atau pelancong yang datang dari seberang tambak – MINILAND Singapore janji akan beri pengalaman yang menyeronokkan, penuh penemuan dan pastinya banyak ‘gambar Instagram-worthy’!
Jimat Dengan Pas Tahunan – Promosi Khas Ulang Tahun Singapura ke-60
Sempena ulang tahun ke-60 Singapura, LEGOLAND® Malaysia Resort tawarkan promosi SG60: potongan SG$60 bila beli 3 atau lebih Triple Park Annual Pass. Setiap pas jimat SG$20, masa terbaik untuk rancang setahun penuh pengembaraan LEGO bersama keluarga!
Pemegang Pas Tahunan dapat masuk tanpa had ke ketiga-tiga taman — termasuk MINILAND Singapore baharu, Brickfest Big Build yang menjadi kegemaran ramai, serta acara tahunan seperti Brick-or-Treat Monster Party, Bricktacular Holidays dan pelbagai aktiviti baru yang bakal diperkenalkan.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi LEGOLAND Malaysia, Facebook atau Instagram mereka.