Mercedes-Benz Malaysia Dan NZ Wheels Tetapkan Penanda Aras Baharu Dengan Pelancaran Stars@Mercedes-Benz Bangsar
Mercedes-Benz Malaysia dan NZ Wheels bersama-sama meraikan satu pencapaian penting dengan pelancaran Stars@Mercedes-Benz terbesar di dunia. Gabungan antara Stars@Mercedes-Benz dengan penampilan jenama automotif terkini turut menjadikannya yang pertama seumpamanya di peringkat global.

“Sebagai peneraju dalam industri automotif, Mercedes-Benz sentiasa berusaha mempertingkatkan pengalaman pelanggan kami. Bersama rakan kongsi kami yang dipercayai, NZ Wheels, Stars@Mercedes-Benz Bangsar yang digabungkan dengan penampilan jenama automotif Mercedes-Benz terkini merupakan sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini kerana ia melambangkan visi kami untuk mengubah ruang automotif menjadi destinasi gaya hidup yang mendalam dan mengasyikkan. Dengan mengintegrasikan teknologi digital canggih dalam suasana yang direka khas untuk memberi keselesaan dan eksklusif, kami menawarkan perjalanan Mercedes-Benz yang lebih menyeluruh dan bertaraf tinggi kepada pelanggan kami, memberi satu pengalaman yang mewah dan inovasi yang menjadi teras jenama kami. Bilik pameran ini bukan sekadar mempamerkan kenderaan, tetapi meraikan gaya hidup penuh cita rasa mereka yang memandunya, sekaligus menetapkan standard baharu dalam pengalaman bidang automotif mewah di Malaysia,” kata Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Mercedes-Benz Cars Malaysia.

Direka sebagai konsep bandar yang berinovasi, bilik pameran Stars@Mercedes-Benz Bangsar oleh NZ Wheels menampilkan model-model paling eksklusif daripada Mercedes-Benz, Mercedes-AMG, Mercedes-Maybach serta ikon G-Class, yang menyatukan kemuncak kemewahan jenama ini di bawah satu bumbung.
Dalam bilik pameran Top-End yang serba moden ini, pelanggan dijemput untuk meneroka “Bintang” terbaharu daripada rangkaian mewah Mercedes-Benz dalam suasana yang halus dan mendalam dengan identiti jenama. Teras kepada konsep ini ialah penekanan terhadap eksklusiviti dan pengalaman peribadi yang dikendalikan oleh pakar jualan terlatih bagi setiap jenama mewah, bagi memastikan pengalaman yang benar-benar disesuaikan dalam persekitaran automotif masa depan yang moden and eksklusif.

Ruang eksklusif yang direka khas untuk komuniti berpendapatan tinggi di Malaysia.
Meluaskan kawasan seluas 1,800 meter persegi, Stars@Mercedes-Benz Bangsar menggabungkan ruang pameran yang luas dengan bilik pelanggan peribadi, antara muka digital interaktif, serta kemudahan berorientasikan gaya hidup. Terletak secara strategik di Bangsar, ruang ini dibina khas untuk memenuhi keperluan komuniti berpendapatan tinggi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, menawarkan suasana di mana keanggunan dan keselesaan bergabung dengan harmoni.
Dengan pelaburan sebanyak RM5 juta oleh NZ Wheels, bilik pameran ini mempunyai dua tingkat di mana pelanggan boleh menikmati zon pameran eksklusif yang memaparkan rangkaian Mercedes-Maybach, Mercedes-AMG, ikon Mercedes-Benz G-Class, serta model utama Mercedes-Benz.

Reka bentuk Stars@Mercedes-Benz Bangsar di tingkat bawah memperkenalkan tahap fleksibiliti dan inovasi baharu yang mencerminkan kepelbagaian identiti dalam rangkaian Top-End Vehicle (TEV). Bilik pameran ini boleh diubah menjadi dunia jenama tertentu dalam masa hanya 30 minit. Sistem dinding modular, logo khusus jenama, serta ciri reka bentuk tambahan yang disesuaikan dengan identiti Mercedes-AMG, Mercedes-Maybach, G-Class, atau Mercedes-Benz menambah lagi suasana mewah ruang ini.
Antara tarikan utama di tingkat ini ialah kawasan MANUFAKTUR, dimana pelanggan yang berminat dengan penyesuaian kenderaan khas boleh meneroka pelbagai sampel dan pilihan. Ia menonjolkan lagi ketelitian pertukangan yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz.
Menambahkan lagi pengalaman mendalam, skrin digital bersaiz besar menayangkan kandungan audiovisual berkualiti tinggi yang menghidupkan suasana setiap jenama dengan penuh emosi. Sistem media canggih ini merupakan sebahagian penting daripada konsep bilik pameran, membolehkan Mercedes-Benz mempersembahkan jenama mewahnya dengan cara yang dinamik dan penuh daya tarikan.

‘Lounge’ bergaya kafe pula menyediakan suasana santai yang sesuai untuk perbualan kasual atau santai, manakala bilik interaksi pelanggan eksklusif yang dilengkapi dengan peralatan media digital membolehkan rundingan serta pengalaman peribadi yang lebih mendalam.
Bilik pameran inovatif ini menetapkan standard baharu dalam menggabungkan pengalaman automotif fizikal dan digital.
Tingkat pertama yang menampilkan identiti jenama automotif terkini Mercedes-Benz berfungsi sebagai platform canggih yang melambangkan kemajuan besar dalam inovasi automotif digital. Ia direka untuk mempertingkatkan pengalaman pelanggan melalui penglibatan digital yang lancar.
Reka bentuk ini membolehkan paparan produk interaktif serta konfigurasi ruang yang fleksibel, menawarkan cara yang lebih bijak dan intuitif untuk pelanggan meneroka rangkaian kenderaan Mercedes-Benz. Pelanggan juga boleh merasai dunia prestasi di AMG Performance Center, yang menampilkan ruang pameran eksklusif bagi membolehkan mereka menikmati keseronokan dan emosi sebenar jenama Mercedes-AMG.

“Bilik pameran baharu ini merupakan kebanggaan kami dan bukti komitmen NZ Wheels serta Mercedes-Benz Malaysia untuk membawa pengalaman automotif mewah ke tahap yang lebih tinggi kepada pelanggan di Bangsar dan kawasan sekitarnya. Ia adalah tempat di mana inovasi bertemu keanggunan, membolehkan setiap pelanggan merasa dihargai dan terinspirasi. Kami percaya bilik pameran ini akan menjadi penanda aras bagi perkhidmatan peribadi dan pengalaman automotif eksklusif, mencerminkan dedikasi kami terhadap kecemerlangan serta pemahaman mendalam terhadap keperluan pengguna mewah masa kini,” kata Dato’ Jasmy bin Ismail, Pengerusi Kumpulan Naza Automotive Group.

Komitmen terhadap kelestarian dan kecemerlangan perkhidmatan
Kemudahan ini turut dilengkapi dengan pengecas pantas DC 50 kW, di samping kawasan penyerahan kenderaan digital yang direka khas bagi memperkayakan proses serahan kenderaan. Melengkapkan bilik pameran ini, pusat servis 2S baharu di Jalan Genting Klang/Setapak dijangka dibuka pada suku kedua tahun 2026.
Rangkaian NZ Wheels kini merangkumi empat lokasi iaitu Klang, Johor Bahru, Setapak dan Bangsar, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM20 juta yang didedikasikan untuk memperkukuh pengalaman automotif mewah di seluruh negara.