Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diingatkan lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan, selain perlu mempunyai sedikit ilmu agar tidak mudah diperdaya sindiket-sindiket yang mengambil peluang keemasan untuk ‘memutihkan mata’ anda.
Berikut adalah perkongsian pihak KWSP melalui akaun Twitter mereka berkaitan aktiviti-aktiviti mencurigakan yang perlu anda titikberatkan.
1. Penyamaran sebagai ejen untuk pengeluaran wang dari akaun ahli.
2. Menawarkan skim pinjaman melalui aplikasi yang mencurigakan.
3. Promosi skim pelaburan palsu.
4. Laman web phishing yang meminta maklumat peribadi ahli.
5. Meminta pembayaran deposit atau upah perkhidmatan.
6. Ahli diminta menghubungi mereka bagi mengetahui maklumat akaun KWSP.
7. Penggunaan logo KWSP yang tidak sah.
8. Menyammar sebagai ejen untuk penukaran TAC atau maklumat akaun KWSP.
Laporkan sebarang info yang mencurigakan dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03 8922 6000 untuk mendapatkan rundingan yang sah.
Sumber : KWSP Malaysia