Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Menteri Kabinet yang sedang atau bercadang untuk bercuti diarah membatalkan percutian mereka dan pulang segera ke tanah air.
Menurutnya, para menteri yang terlibat perlu membatalkan percutian mereka sehingga masalah banjir di negara ini selesai sepenuhnya.
“Mereka (menteri) yang masih belum bercuti atau sebagainya, batalkan percutian masing-masing sehingga selesai semua masalah banjir ini.
“Mana menteri yang ada di luar negara yang boleh balik, balik segera supaya kita bersama-sama dengan rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya kepada pihak media pada petang ini.
Dalam perkembangan lain, beliau juga berkata kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada waris bagi setiap individu yang terkorban akibat banjir.
Kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan terus sebanyak RM50 juta kepada Pahang dan Selangor yang terjejas teruk.
Sumber: Ismail Sabri, Bernama