Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan positif COVID-19. Berita ini disahkan beliau sebentar tadi melalui laman sosial miliknya.
Menurut kiriman dikongsikan, beliau bersama empat anak dan seorang cucunya telah disahkan positif virus berkenaan dan sedang menjalani kuarantin.
“Mohon doa semua. Saya, empat orang anak dan seorang cucu telah disahkan positif COVID-19. Kami telah menjalani kuarantin beberapa hari lalu. Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buloh. Doakan,” tulisnya.
Sumber: Tuan Ibrahim Tuan Man