Desas-desus kehilangan Mohamad Asyraf menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia. Setelah lebih dua minggu, kelibat Acap masih belum ditemukan.
Selain usaha pencarian dari pihak Bomba dan penyelamat, pakar-pakar agama dan perubatan alternatif juga turut turun padang bagi membantu dalam misi pencariannya.
Walau bagaimanapun, sepanjang misi dijalankan, pelbagai kaedah telah digunakan pakai termasuk segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan ritual pelik dan pemujaan.
Abang, Denny Lang melalui Facebook miliknya berkongsi rasa kesal terhadap sesetengah individu yang tidak sensitif dan menjadikan pencarian itu sebagai satu ‘acara’.






Sumber: Denny Lang