Anak mana yang boleh duduk diam jika ternampak orang tua mereka berada dalam kesakitan.
Itulah yang terjadi kepada seorang pelajar di sebuah politeknik di ibu negara, Nur Farahana Arshat, 22, apabila ibunya yang bernama Zarina Zakaria yang kini berusia 57 tahun menderita masalah kayap dan kulit melecur sejak beberapa tahun lalu.

Anak bongsu daripada enam beradik yang berasal dari Kedah ini tak senang duduk dan telah buntu memikirkan penawar untuk menamatkan penderitaan ibunya yang tercinta itu.
Seakan sudah ditakdirkan, pada suatu hari Nur Farahana telah ditemukan dengan satu iklan produk jenama Saapuu keluaran Mawar Shazni Sdn Bhd di platform Facebook yang didakwanya sebagai mukjizat dan ajaib dengan izin-Nya.
“Insiden tertumpah kuah laksa yang panas menggelegak di bahagian kakinya. Ini antara pengalaman memeritkan ibu saya kerana sampai tak senang duduk dan meraung.

“Ketika insiden itu terjadi, ibu saya menjerit dan seperti tak tentu arah. Solusi pantas, saya ambil minyak masak dan disapu di bahagian yang terkena kuah laksa itu. Bagaimanapun sakit yang ditanggung beransur seketika.
“Lama kelamaan, bahagian melecur itu jadi seperti gelembung besar. Kalau terkena air masa mandi contohnya memang terasa pedih. Lama juga ibu menanggung kesakitan. Tapi sejak mencuba Saapuu, perubahan ketara mula kelihatan dalam tempoh masa 10 hari penggunaannya,” katanya.

Menurutnya, selepas surut sahaja penderitaan kulit melecurnya itu, ibunya secara tiba-tiba telah diserang dengan penyakit kayap di bahagian perutnya pula.

Namun begitu, penyakit kayap yang dialami ibunya itu tidak bertahan lama kerana mujur produk Saapuu telah berjaya menangani masalah tersebut dengan sekelip mata sahaja.
“Namun sejak ada produk Saapuu, nampaknya masalah kayap pun hilang serta merta.

“Kayap itu bermula dengan rasa gatal dan kulit jadi kemerah merahan. Seterusnya wujud seperti gelembung di bahagian terkena kayap itu.
“Terbukti produk keluaran bumiputera ini sangat berbaloi dengan harga berpatutan.
Ia dibuat daripada bahan organik yang sememangnya terbukti untuk kebaikan kulit. Antaranya seperti minyak argan,madu, daun sirih, daun pegaga,curcumin, daun gelenggang dan aloe vera.
“Lebih utama, produk ini ada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). Jadi ia memang diakui selamat digunakan tanpa rasa was-was. Masalah kulit ibu saya tiada lagi. Saya sudah tidak risau lagi tentangnya,” katanya.
Dalam pada itu, pengasas produk Saapuu, Rosniwati Baharom, 45, mensasarkan untuk menjual lebih 40,000 set rangkaian produk tersebut.
Bukan itu sahaja, beliau juga turut hendak menawarkan hadiah yang berupa wang tunai untuk para stokis, agen, dropship dan pembeli.
“Set rangkaian produk Saapu dihadirkan dalam dua jenis iaitu dalam bentuk gel sabun dan gel sapu. Harga untuk dua produk itu dalam lingkungan harga RM150. Kita juga jual secara berasingan untuk dengan harga istimewa.
“Ada yang anggap harga produk ini mahal di saat situasi pandemik Covid-19. Tapi jika mahu dibandingkan dengan kualiti dan manfaatnya, harga yang ditawarkan cukup berbaloi.
“Malah kita juga mahu terus berusaha melakukan penjenamaan untuk produk ini secara habis-habisan. Kalau diizinkan saya sendiri mahu digelar Ratu Saapuu.
“Kita juga ada strategi menawarkan hadiah termasuk wang tunai untuk stokis, agen, dropship dan pembeli,” katanya.
Bagi yang ingin membeli atau mendapatkan maklumat tambahan mengenai produk Saapuu boleh layari www.online.saapuu.my