Me’nate Steak Hub Perkenal Iftar Mubarak Platter, Sajian Berbuka Premium Sepanjang Ramadan 1447H
Sempena kedatangan bulan Ramadan 1447H yang penuh keberkatan, Me’nate Steak Hub, restoran daging premium terkemuka di Malaysia di bawah kendalian syarikat bumiputera Palace Butcher Resources Sdn. Bhd, sekali lagi meneruskan komitmen untuk menyajikan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa kepada para pelanggan.

Bermula 1 hingga 29 Ramadan 1447H (tertakluk kepada terma dan syarat), Me’nate Steak Hub di semua cawangan memperkenalkan hidangan istimewa Ramadan tahun ini, iaitu Iftar Mubarak Platter, sebuah sajian eksklusif berkonsepkan “Sharing Platter” yang direka khas untuk dinikmati bersama keluarga, pasangan dan rakan-rakan.

Sempena bulan Ramadan, Me’nate Steak Hub memperkenalkan Iftar Mubarak Platter, sebuah hidangan berbuka puasa istimewa yang direka khas untuk dinikmati secara berkongsi. Ditawarkan untuk minimum dua orang, platter ini menggabungkan Tomato Pilaf Rice bersama pilihan menu utama premium Me’nate Steak Hub yang kaya dengan cita rasa.


Antara hidangan utama yang disajikan termasuk BBQ Beef Ribs yang lembut dan berjus, Lamb Shank Tulang Merah yang penuh rempah, serta Harissa Chicken Drumstick yang beraroma pedas istimewa. Iftar Mubarak Platter turut dilengkapi dengan pelbagai hidangan sampingan seperti Arabic Vegetables Stew, Mix Salad, BBQ Sos, Sos Tulang Merah, Sambal Korek dan Sahawiq sebagai pelengkap.

Lebih menarik, pelanggan yang menikmati Iftar Mubarak Platter secara dine-in akan menerima akses tanpa had ke Semi Buffet Me’nate sepanjang tempoh promosi Ramadan.

Semi buffet ini menawarkan pelbagai pilihan antaranya kuih-muih tradisional, pencuci mulut, aneka gorengan nasi, pelbagai jenis juadah berasaskan mee, live cooking station (pasta), buah-buahan segar, kurma dan kekacang, serta salad dan hidangan pembuka selera.

Pelanggan berpeluang menikmati Harga Promosi Early Bird – 15% OFF sehingga 31 Januari 2026 dengan pembelian minimum untuk 2 orang:

Selain pakej dine-in, Me’nate Steak Hub turut menyediakan pilihan take-away dan penghantaran melalui set Iftar Mubarak NateBox, sesuai untuk empat hingga lima orang makan.
Set ini menampilkan menu yang sama seperti Iftar Mubarak Platter, namun tidak termasuk akses ke semi buffet. Iftar Mubarak NateBox ditawarkan pada harga RM399.90 nett, sesuai untuk pelanggan yang ingin menikmati hidangan berbuka Me’nate di rumah atau di pejabat.

Untuk tempahan awal, jamuan korporat, majlis berbuka puasa berkumpulan atau pakej Infaq, pelanggan boleh menghubungi Me’nate Steak Hub melalui talian telefon di 03-4141 9133, WhatsApp di 011-5555 8448 atau 019-356 8321, emel ke menatemarketing@gmail.com.