Kehebatan pasukan bola sepak Harimau Malaysia dengan menghadiahkan jaringan 3-2 kepada skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno sememangnya menjadi kebanggan seluruh rakyat negara ini.
Salah satunya seperti perkongsian yang tular di media sosial mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang menangis terharu selepas Malaysia berjaya membuat gol kemenangan menerusi pemain bernama, Muhamadou Sumareh.
Gol Sumareh!
Rupanya Anak Nadiya Nissa
Sebelum video tersebut menjadi tular, pelakon Nadiya Nissa telah berkongsi video anaknya yang bernama Omar itu.
Dia merakamkan video anaknya yang terlalu menghayati permainan tersebut sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu terharu dengan kemenangan Malaysia.
Tolong jemput adik ini
FAM jemput Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE
Video itu telah menarik perhatian pihak Presiden Football Association Malaysia (FAM). Pihak FAM telah menjemput Omar ke perlawanan Malaysia menentang UAE pada 10 September nanti.
Sumber : Twitter, nadnisaa