Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan talian telefon bimbitnya dipercayai telah digodam sejak awal pagi tadi.
Lantaran itu Wan Rosdy dalam satu kenyataan mendakwa, pihaknya akan membuat laporan polis dalam kadar segera bagi mengelakka sebarang perkara tidak diingini berlaku.
“Saya memohon berbanyak-banyak maaf kepada semua pihak yang mungkin cuba berkomunikasi dengan saya menerusi talian telefon bimbit tersebut,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.
Sumber: Facebook Menteri Besar Pahang